Hi, how can we help?

Payments

Payment options
ShopeePay
SPayLater
Shopee Coins
SLoan

[ShopeePay] Bagaimana saya boleh mengesahkan akaun ShopeePay saya?

Bahasa Malaysia | English

Untuk mengesahkan akaun ShopeePay anda, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pergi ke tab Saya dalam aplikasi Shopee.

2. Pilih ShopeePay.

3. Ketik pada ⚙ (Tetapan).

4. Pilih Pengesahan IC.

5. Isi butiran yang diperlukan seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan (IC) anda.

 

Jika IC anda rosak, anda boleh kemukakan dokumen alternatif seperti lesen memandu anda. Shopee akan tentukan sama ada untuk meluluskan dokumen tambahan tersebut.

 

Pengesahan IC melalui aplikasi biasanya mengambil masa 24 jam untuk diproses. Muat naik secara manual mungkin mengambil masa lebih lama. Pemberitahuan mengenai hasil pengesahan akan dihantar ke Aplikasi Shopee anda. Jika permohonan anda ditolak, anda boleh cuba semula mengikut panduan dalam pemberitahuan tersebut. Untuk bantuan lanjut mengenai pengesahan, sila hubungi kami melalui saluran yang ada di bahagian bawah halaman ini.

 

Manfaat pengesahan akaun ShopeePay anda:

Pengesahan akaun membolehkan akses kepada fungsi tambahan ShopeePay, seperti yang tertera dalam jadual di bawah:

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay,  klik "Apakah ShopeePay?" “Bagaimana untuk mengaktifkan ShopeePay saya” untuk rujukan mendalam.

 

Was this article helpful?
Yes
No